Tuesday, August 31, 2010

Monday, August 30, 2010

Medela freestyle

Masa aku mula masuk keja, aku ada join main kutu. Join main kutu beli Breastpump. Adik aku cukup tak puas hati aku beli menatang tu. Tapi dia apa tau? Jangan marah ya...

Aku baru dapat siang tadi. Punyala aku eksaited. Mau tak eksaited, cecah empat angka gak aku beli. Tapi sebab main kutu, aku bayar selama 6 bulan.

Jadi, alkisahnya, selamat tinggallah kepada Medela Harmony yang sangat berjasa. Walaupun aku pakai tak sampai 3 bulan, aku telah berjaya mengumpulkan stok susu sefreezer khas untuk Ryan and Kinana. Kinana pun sama minum. Aku try bagi dia sikit ja, dia dengan senang hati minum tanpa menolak. Jadi bila aku kat rumah, aku yang buat susu, aku bagi susu dalam peti. Aku nak menyampaikan hajat aku yang hanya dapat menyusukan Kinana selama 4 bulan sahaja. Sedih sungguh kalau diingatkan. Untuk Ryan, aku berazam akan menyempurnakan program penyusuan hanya SUSU IBU ataupun Susu Cap Siti Noraisah sahaja selama 2 tahun.

Nak jadi cerita, baru siang tadi dapat Medela FS aku dah dapat kawan baru yang bersama-sama berjuang menyempurnakan penyusuan SUSU IBU. Zuliana nama dia yang diperkenalkan oleh Aja MyBreastPump Shop. Ceritanya adapter Zuliana dah meletop. Habis satu Seremban dia rayau cari adapter, takda jual. Kesian. Jadi, Aja pun perkenalkan aku untuk dia pinjam adapter. Kesian Zu, dahla anak dia tak mau direct feeding. Tapi takpa, aku dah bagi pinjam Medela Harmony aku. Nasib baik aku baru je sudah rebus.

Jadi kepada Zuliana, semoga tabah menghadapi dugaan. Aku selalu baca dalam SusuIbu.com, breastfeeding bukan sesuatu yang datang secara semulajadi, kena ada ilmu, ada semangat tinggi dan jitu nak menyusukan anak ni. Tolonglah doakan aku, semoga semangat aku sentiasa berkobar-kobar dan tinggi untuk menyempurnakan program menyusukan Ryan selama 2 tahun dengan jayanya. Akibat kurangnya ilmulah aku tak dapat nak menyusukan Kinana sampai 2 tahun. Sebab bila aku dah mengandung Ryan, terus aku stopkan Kinana menyusu badan kerana terpengaruh dengan mitos2 tentang penyusuan ni.

Kepada rakan-rakan yang bersama-sama menyusukan anak, diharap sentiasa bersemangat menyusukan anak2 dengan jayanya, doakan saya juga ya! Amin!

pendahuluan

dulu, masa aku bersalin anak pertama, aku ada buat satu blog. Tapi bila dah lama tak buka, aku pun dah lupa apa kejadahnya password blog aku tu. Emel aku yang daftar blog tu pun dah arwah. Aku ni memamg cepat lupa, jadi secara rasminya hari ni aku isyhtiharkan blog tu memang dah takda. Ehehe, announce macam ada orang baca.

Sekarang, aku baru bersalin anak kedua. Anak lelaki, yang pertama perempuan. Anak pertama Aina Raihanna namanya. umur setahun 5 bulan. Lasak benar anak aku ni, tak padan dengan perempuan. Duduk tak reti nak diam. Ntah berapa kali kena lepuk. Bila lepuk geram, dah lepuk kesian aku nengok. Maklumlah darah muda, cepat je nak naik angin. Mak aku zaman aku kecik-kecik dulu pun mcam tu. Garang kemain (atau aku yang jahat kemain sampai Mak aku jadi garang). Takut bena aku ngan Mak aku. tapi bila dah besar, dah beranak pinak, aku pahamla kenapa Mak aku garang kemain.

Anak kedua aku lelaki, Muhammad Akmal Rayyan. Rayyan tu aku berkenan sejak sebelum aku kawin lagi. Ni semua aku terpikat dengan Ako aka Rayyan dalam cerita Bella yang disiarkan di TV3 lama dahulu. Aku tengok dua tiga episod aku dah terpikat dengan baiknya Rayyan dalam cerita tu. Apa sudahnya cerita Bella aku pun tak tahu. Anak aku yang ni baru dua bulan, jadi tak nampak lagi macam mana perngainya, tapi aku rs bakal macam kakak dia jugak. Kawan-kawan aku cakap anak aku lasak menurun perangai aku. Hehe. Tak kisahla, janji sihat dan sempurna tubuh badan.

Suami? Kami sebaya. Satu sekolah zaman sekolah menengah dulu. Tapi kitorang tak bercinta masa sekolah eh. Jodoh. Hehe. Disebabkan kitorang satu sekolah, jadi rumah kami selalu menjadi tempat perjumpaan kawan-kawan masa sekolah dulu. Apapun semua tu memang seronok dapat pulak suami isteri sama-sama bekerjasama. Apa yang penting kerjasama.

Ok. Anak2 aku dah tido. Bila diorang dah tido barulah masa aku nak buat kerja-kerja membereskan rumah. contoh: basuh kain, lipat kain, kemas rumah dan segala-segala kerja yang melibatkan orang perempuan. Ok? Chiow!