Wednesday, September 29, 2010

Dulu

dulu-dulu, masa aku tak kenal macam mana hidup bersuami, berkeluarga, aku selalu pelik. kenapa orang tu macam ni? kenapa suami dia macam ni? kenapa anak dia macam tu? kenapa dan kenapa?

kadang2 aku kondem diorang kenapala buat macam tu. dah lupa ke? takkan tak ingat macam mana? macam2la pertanyaan yang ada dalam pale hotak aku ni. tapi, bila dah kena batang hidung aku, baru aku faham. barula aku ooohhhh...macam ni rupanya...

alahai, macam tula. bila dah rasa asam garam rumahtangga, ombak melambung2, kapal macam nak pecah, tapi tiba2, ombak hilang, laut terus takda ombak melambung2. terus cuaca cerah yang memang seronok untuk memancing dan kalau dapat ikan jenahak yang sedap bila kepalanya di buat sup ikan. ikan kerapu pun sodap gak.

dulu-dulu, masa aku tak kenal macam mana hidup bersuami, tak kawin lagi, berkeluarga, aku selalu pelik. kenapa orang tu macam ni? kenapa suami dia macam ni? kenapa anak dia macam tu? kenapa dan kenapa?

duit senang-senang nak bagi sapa. kau takda kredit? meh aku topapkan. kau nak makan McD? nak Pizza Hut? nak makan nasi beriani Insaf? meh aku belanja. minyak kereta kau habis? meh aku tolong isikan. pendek kata murah hati. tak cukup duit? cari pusat tusyen pergi ajar tusyen. dapat tambah duit. nak berjalan? pergi mana suka. tak da orang nak melarang. takda risau2 nak bayar duit jaga anak, beli baju anak, beli barang rumah, barang runcit, duit emergency. yelah, apa susah nak pikir, sorang2 je. asal lepas diri sendiri, boleh tolong mana patut dah.

 bila pergi kerja, kepala ingat rumah, ingat anak, ingat nak masak apa, nak basuh kain bila, nak sidai bila. semua kena pikir. bila kat rumah dok pikir, besok kerja. dapat pulak kerja 7hari seminggu macam minggu ni. hai, bila nak setel kerja2 surirumah aku tu?

bila waktu down2 macam ni, aku selalu pikir, mana letaknya aku ni, jadi anak atau jadi isteri? jadi isteri atau jadi mak? jadi mak atau jadi bibik? jadi bibik atau jadi cikgu? mana satu? boleh kau pilihkan untuk aku? nasib baik ada permata-permata hati buat penghibur aku. walau down, mesti kuat, mesti tabah. nak berjaya dunia akhirat mesti rasa semua. kat situla ujian yang Tuhan bagi untuk matangkan aku, jadikan aku lebih baik dan semoga menjadi hambaNya yang diredhai.

Kalau abah ada mesti abah paham.

Tuesday, September 28, 2010

Tolong!

AKU NAK KERETA BARU!!!!! WAHAHAHA!

kau ingat bila kau tido ada orang nak jaga anak kau?

tajuk di atas adalah tidak berkenaan.

aku kat sekolah lagi. aku nak balik, tapi aku malas nak memandu balik. solat zohor pun belum lagi. jadi pada masa masa macam ni, aku melepak kat sekolah sambil melayari Mudah.com. nak beli apa? nak beli kereta.

ya, aku kemaruk nak kereta baru. tak memadan dengan duit ada dalam bank. kalau duit berkepuk tak abih makan takpa la nak cerita beli kereta baru. hahaha! takpa....takpa ada rezeki merasala aku pakai kereta baru.
Amin!

semalam aku pergi klinik. hantar Rayyan bercucuk dos kedua. apa nama cucuk tu pun aku tak tau. misi kata anak aku kena cucuk, aku cucuk je. hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh misi, rayyan tak lama lagi boleh OBESITI. sebab berat naik banyak sangat.  950g kenaikan berat badan dalam masa sebulan. tapi takpa, pasal dia cuma minum susu cap Siti Noraisah sahaja. mommy2 kat sana pun terkejut tengok rayyan punya besar padahal baru umur 3 bulan.

kinana pun dah pandai cakap sikit2 dah. balik dari rumah pengasuh, dia bercerita sambil gelak2. cerita apa, aku pun tak tau. dia gelak aku gelak sama. hahaha. seronok tengok bila anak membesar depan mata, elok sihat tubuh badan, akal, alhamdulillah. lebih2 lagi bila rayyan jadi gedebab macam tu hanya dengan susu ibu sahaja. rasa bangga pun ada.

Semoga anak2ku membesar menjadi hambaMu yang soleh...Amin!

p/s: betul kata minachi, bila paksa update mesti tak best!

Saturday, September 4, 2010

Penat

Hari ni memang Hari Malas aku sedunia (ntah bila masa aku rajin ntah). Pagi sampai sekolah, terus masuk kelas. Abis kelas aku masuk bilik guru, aku tido, sampai kul 10. Semenjak ada Rayyan, susah dah nak dapat My Beauty Sleep. Ada ja keja. Selesai layan Kinana, layan plak Rayyan. Bila dua-dua dah lena dibuai mimpi, nak membereskan rumah. Tapi semenjak aku dah naik kerja, rumah aku dah tunggang langgang, lantai rumah macam kedai makan melekit semacam, semut buat sarang merata-rata. Huhu. Kadang-kadang balik je rumah letih mata memandang, nak dikemas tak larat, tak sempat...Nasib baik la Sang Suami jenis tak kisah, rumah bagai Singapura dilanggar todak pun, rilek je dia. Terima kasih Yayang. Hehe.

Pasal apa, bila aku menidurkan permata-permata hati kami tu, pakat dengan aku sekali lena dibuai mimpi. Tau-tau aku dah lelap sama. Kadang En. Suami balik lambat, aku tak sedar pun. Letih woo. Ni la kalau beranak rapat, memang tak menang tangan nak melayan. Melayan anak, melayan kerja rumah, melayan suami. Banyak rupanya kerja jadi isteri dan Mak ni. Jadi kepada adik-adik yang tak sabar nak bersuami tu, kalian dah bersediakah dengan semua tanggungjawab tu? Tapi dun worry, bila sampai masa, mesti semua terus pandai buat kerja. Semoga semua penat lelah menjadi isteri di balas dengan ganjaram syurga oleh Allah S.W.T

Jadi bersempena dengan permulaan cuti sekolah dan cuti raya, minggu ni aku tak masak langsung. Beli ja. Ni baru balik dari KL berbuka dengan kawan2 Suami masa dia bujang. Berbuka dekat Mutiara Damansara, makan nasi beriani kambing. Bolehla tahan. Malam semalam dok berembun ke PD pun dengan kawan2 suami masa di sekolah rendah. Kinana ngan Rayyan memang menurun perangai Mama ngan Papanye, gemar berembun. Tapi takpa berembun ngan mama ngan papa takpa, jangan berembun ngan awek. Hehe

Ok, mau tidokan Rayyan dan Kinana. Aku nak upload gambar, baru macam cool sikit blog aku. Tapi Mahmud tak balik lagi dari Kedah. Aku dah pesan dah dengan dia aku nak kamera. Hehe. Nanti dah ada kemera boleh amik gambar dan upload dalam ni. Macam best kan?