Monday, August 30, 2010

Medela freestyle

Masa aku mula masuk keja, aku ada join main kutu. Join main kutu beli Breastpump. Adik aku cukup tak puas hati aku beli menatang tu. Tapi dia apa tau? Jangan marah ya...

Aku baru dapat siang tadi. Punyala aku eksaited. Mau tak eksaited, cecah empat angka gak aku beli. Tapi sebab main kutu, aku bayar selama 6 bulan.

Jadi, alkisahnya, selamat tinggallah kepada Medela Harmony yang sangat berjasa. Walaupun aku pakai tak sampai 3 bulan, aku telah berjaya mengumpulkan stok susu sefreezer khas untuk Ryan and Kinana. Kinana pun sama minum. Aku try bagi dia sikit ja, dia dengan senang hati minum tanpa menolak. Jadi bila aku kat rumah, aku yang buat susu, aku bagi susu dalam peti. Aku nak menyampaikan hajat aku yang hanya dapat menyusukan Kinana selama 4 bulan sahaja. Sedih sungguh kalau diingatkan. Untuk Ryan, aku berazam akan menyempurnakan program penyusuan hanya SUSU IBU ataupun Susu Cap Siti Noraisah sahaja selama 2 tahun.

Nak jadi cerita, baru siang tadi dapat Medela FS aku dah dapat kawan baru yang bersama-sama berjuang menyempurnakan penyusuan SUSU IBU. Zuliana nama dia yang diperkenalkan oleh Aja MyBreastPump Shop. Ceritanya adapter Zuliana dah meletop. Habis satu Seremban dia rayau cari adapter, takda jual. Kesian. Jadi, Aja pun perkenalkan aku untuk dia pinjam adapter. Kesian Zu, dahla anak dia tak mau direct feeding. Tapi takpa, aku dah bagi pinjam Medela Harmony aku. Nasib baik aku baru je sudah rebus.

Jadi kepada Zuliana, semoga tabah menghadapi dugaan. Aku selalu baca dalam SusuIbu.com, breastfeeding bukan sesuatu yang datang secara semulajadi, kena ada ilmu, ada semangat tinggi dan jitu nak menyusukan anak ni. Tolonglah doakan aku, semoga semangat aku sentiasa berkobar-kobar dan tinggi untuk menyempurnakan program menyusukan Ryan selama 2 tahun dengan jayanya. Akibat kurangnya ilmulah aku tak dapat nak menyusukan Kinana sampai 2 tahun. Sebab bila aku dah mengandung Ryan, terus aku stopkan Kinana menyusu badan kerana terpengaruh dengan mitos2 tentang penyusuan ni.

Kepada rakan-rakan yang bersama-sama menyusukan anak, diharap sentiasa bersemangat menyusukan anak2 dengan jayanya, doakan saya juga ya! Amin!

2 comments: