Wednesday, March 23, 2011

pengalaman pertama.

setiap orang ada pengalaman pertama. pengalaman yang macam-macam. ada yang pengalaman pertama kali naik bas, pertama kali duduk asrama, pengalaman pertama dapat duit hasil titik peluh sendiri. tapi aku ada pengalaman pertama, pertama kali merasa duk hospital berbayar @ swasta.

pertama kali duk hospital swasta, kena warded tiga hari dua malam. aku dah demam lebih seminggu. demam pulak on off, kejap elok, kejap demam. sekali bawak pegi hospital terus warded tiga hari, doktor bg antibiotik terus je dalam badan, sakit...

pengalaman pertama jugak untuk ayen yang tak tido ngan mama. nasib baik ada uwan ngan atok senawang. uwan joseh sedang melalui pengalaman pertama menjelajah ke seberang laut dengan menggunakan pasport antarabangsa. kemain riang lagi yang tiga orang tu. kesianla kat akak sulung nia ha...duk spital...(buat muka sedih sikit. hehe..). update fesbuk seronok makan2. jeles an. nanti sok sok sey nak ajak laki sey pegi seberang laut gaklah.

pengalaman pertama jugak, bagi anak2 murid tersayang batch 2010, amik result SPM 2010. mestilah pertama kali ye dak? kalau dua tiga amik SPM kali mana ada duk SBP. hehe.

sebanyak-banyak tahniah cikgu ucapkan dengan awak2 semua kerana berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, lebih -lebih lagi yang cikgu ajar. keputusan masing2 meletop. tapi ingat yang dapat keputusan bagus2 tu, mesti sentiasa bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan rahmat dan kurnianya untuk hamba2nya. dan itu semua adalah ganjaran kepada usaha yang kita semua buat selama 2 tahun berada di SASER. kepada yang tak puashati dengan keputusan masing2, jgn putus asa, perjalanan masih jauh. kalau nak berjaya, perkataan terlambat tu tak ada selagi kita berusaha bersungguh2. okey?

tahniah cikgu ucapkan dan semoga terus berjaya dan menjadi insan berguna dunia akhirat. dan mesti ingat bila dah berjaya jangan sesekali riak dan takbur dengan kejayaan diri, kerana segala kejayaan dan nikmat yang diberikan oleh Allah hanya pinjaman sementara di dunia. dan akhiratlah yang kekal abadi. (fuh! penat jadi skema) haha!

SASER NAMAMU TERPAHAT, SASER NAMAMU TERATAS!

Saturday, February 19, 2011

aku sentiasa mendoakan kau.

assalamualaikum.

lama dah aku tak menulis. sebab? aku tertekan. haha! stress sangat kah? last update masa cuti sekolah, sekarang dah nak masuk 2 bulan mula bekerja.

azam aku tahun ni, nak bekarja bersungguh-sungguh. yelah, dah dua tahun berturut-turut aku cuti 2 bulan. jadi tahun ini berharap supaya semangat bekerja datang lebih kerap. akan tetapi, tanpa kesungguhan dan keazaman ternyata, bukan senang nak melaksanakannya. ceh.

aku rasa tahun ni memang tahun yang menjengkelkan selagi dia ada kat sana. ditambah pula dengan sekeliling yang tak seronok. sekarang aku dah paham macammana perasaan orang yang mengamuk sampai tak boleh nak kawal tindakan apa yang patut kita buat. huish! memang tak dijangka.

aku sekarang ada mood yang memang tak bagus untuk aku pergi bekerja tiap2 hari. I do love my work very much! tetapi....bila aku nampak je muka dia, aku rasa macam nak ptuih! hadoila....
kasarkan? tapi aku rasa dia memang patut. huh!

sambungan tajuk dari atas : supaya TUHAN berikan balasan yang setimpal atas setiap yang kau buat. AMIN!

Monday, November 15, 2010

random

hangat.
sebelum adanya internet di rumah aku yang cantik lagi bahagia ini, aku dah taip entri yang agak panjang dengan menggunakan henpon, disebabkan henpon baru, suami dengan baik hati telah melanggan packet data untuk aku supaya aku senang nak surfing dengan menggunakan henpon. terima kasih abang.

setelah menaip dengan begitu panjang, berbekalkan keypad yang besarnya seperti kuku jari kelingking kaki ayen, aku bersusah payah menaip. dah taip tentulah pos. sekali keluar tajuk aja. haha! tu yang hangat tu.

ok.
dengan tajuk di atas aku nak menyenaraikan, apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2010.

1. adanya ayen. ayen lahir 20 jun 2010 kat hospital kuala pilah. aku memang nak bersalin kat hospital sana aja. dekat ngan kampung dan servis dia pun ok. dan paling aku suka, rooming in. lepas bersalin baby tido sama ngan mak supaya boleh breastfeed. dan sehingga sekarang ayen dah 5 bulan masih exclusively breastfeed. cukup 6 bulan aku dah berjaya capai target untuk stage yang pertama. sekarang berat ayen dah 8 kilo lebih. membesar bagai johan anak mama.

2. kurangnya waktu unutk bermalas malasan.
sebab anak dah 2, aku dah tak boleh nak malas2. malam tido lambat macam mana pun, aku mesti bangun pagi, sebab permata hati aku 2 orang tu dah bangun. lebih2 lagi raihana. kalau dibiar, entah apala projek dia buat tanpa kelulusan.

3. aku tak kena jaga exam SPM.
ini yang paling aku suka. hehe. aku bosan betul kalau kena jaga exam. penat woo. memangla dia bayar, tapi tak payahla. aku tak nak. jadi cuti kali ni aku boleh konsentret rumah dan anak2. jadi suri rumah sepenuh masa. i like.

4. beli henpon baru. nokia E72. tapi aku nak jugak blackberry nanti. takpun i-phone. hik

5. jeles mak dan sedara mara lain pergi kelantan.

6. nanti nak dapat baby baru!
haha! ini kontroversi nih. sebenarnya tak lama lagi aku akan ada anak susuan. so, seccara automatik anak aku terus ada 3 orang. i like jugak.

7. sekarang tengah ketagih nak makan wafel a&w dan char kuey teow. 17hb disember ni kalau tiada halangan aku  nak ke penang. ada reunion kecik2 kawan2 suami  masa zaman di universiti. jadi aku nak pegila makan char kuey teow yang ori punya kat sana.

8. sian minachi purse hilang.

9. ayen dah pandai guling2. nana pun dah boleh cakap sikit2.

10. nanti rajin aku sambung. malas tiba2.

Friday, October 15, 2010

mana aku nak cari stok

hai hai hai.

selamat petang. petang jumaat yang indah dan berada di rumah. anak2 aku yang cantik serta ensem (mak mana yang tak puji anak kan?) tengah nyenyak sangat tido. di bawah angin sepoi2 hasil daripada putaran pendingin hawa dan juga putaran meter penggunaan elektrik yang sangat laju yang boleh membuatkan aku terkedu bila mendapat surat daripada TNB. tapi takpa, papa diorang kata yakni suamiku yang tercinta, apa guna teknologi jika tidak digunakan.

baru je nak mengarang dah bangun. oklah. chow.
hehe

Tuesday, October 12, 2010

walaupun pekerja bawahan kau tak buat event libatkan VIP, VVIP, kau tetap kena hargai pekerja kau. Sebab tanpa kakaitangan bawahan kau, kau bukan siapa2.

salam.

entri ini ditujukan khas kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog aku ni yang rasa2 kau jadi ketua yang bagus sampai kau tak pandang pekerja kau yang biasa2 yang setakat buat kerja kecik2.

ciri2 pekerja biasa itu adalah:

1. datang kerja.

kehadiran kerjanya adalah biasa2 sahaja. nak kata rajin sangat tak, malas sangat pun tak. memang biasa2 sahaja. kadang bila keadaan terkawal dia akan datang cepat. tepat pada masanya. dan bila tak terkawal dia akan datang lambat daripada biasa. namun begitu tidaklah begitu lambat. dan biasanya kalu lambat sangat dia akan bagi sms atau call pihak atasan ada masalah yang membuatkan beliau lambat.

2. kerja

pekerja jenis ini juga tak buat event yang besar2. tak ada jadi pengelola event yang besar2. kerja2 pekerja biasa selalunya buat kerja yang dah tertulis. contoh kalau jadi kerani, kerja2 pengkeranian, kerja juruteknik, kerja2 yang melibatkan dengan letrik atau yang sewaktu dengannya ataupun kalau bekerja sebagai guru, kerja2 yang terlibat adalah mengajar, tanda kertas, pergi kelas malam ataupun kerja2 yang telah ditetapkan dalam panitia kau. (dari sini dah buleh tahu aku keja apa...hehe). namun begitu pekerja jenis ini juga aa buat kerja2 lain, iaitu kerja2 yang dibahagikan mengikut bahagian kerja yang telah ditetapkan, contohnya, memastikan jemputan yang hadir, memastikan bahan2 kerja disediakan pada masa yang betul dan lain2 kerja yang pada mata kasar tidak penting atau pada mata majikan bila buat kerja tu pun nampak macam tak buat kerja.

3. status.

pekerja jenis ini biasanya adalah wanita yang berkahwin. dan rata2nya juga selalunya baru bersalin atau pun secara pukul ratanya adalah wanita yang mempunyai anak2 yang sedang membesar. ini kerana anak2 yang sedang membesar memrlukan pemerhatian daripada ibubapa mereka. dan ditambah juga jika wanita tersebut mempunyai anak setiap tahun.

dan untuk perkara2 tersebut adalah aku.

aku adalah pekerja yang biasa2. aku bukan komited macam orang lain sebab aku rasa aku ada bnyak benda yang aku boleh fikirkan daripada asyik fikirkan tentang kerja sampai anak2 aku terabai. namun begitu, sebagai pekerja, aku ada tanggungjawab aku, dan aku amik tahu juga tentang kerja2 aku. budak nak periksa, kerja panitia, aku buat semua tu.

aku jugak selalu buat kerja2 yang biasa sahaja. walaupun biasa aku pernah jugak jadi pengelola majlis kat sekolah walaupun hanya peringkat sekolah. aku juga selalu buat kerja2 yang biasa untuk melancarkan aktiviti2 dalam panitia aku.

oleh itu, kepada yang jadi majikan2 ni, janganla pandang remeh dekat pekerja2 biasa kau tu. walaupun diorang hanya buat kerja2 yang biasa, diorang tetap pekerja bawahan kau. walaupun dia sebagai tukang sapu, guard tempat kerja kau. masing2 memberikan kerja sama untuk menjadikan sesuatu yang cemerlang. jangan pandang rendah. kecik2 kerja diorang, diorang pun buat kerja. jadi sebagai majikan, hendakla sentiasa peka dengan pekerja, tak payah nak mesra2 sangat yang penting kau tunjukkan yang setiap individu ada peranan dalam satu institusi walaupun kecik. sekian

ini adalah entri emosi. semoga Tuhan memberkati kau disana. Amin.

Wednesday, September 29, 2010

Dulu

dulu-dulu, masa aku tak kenal macam mana hidup bersuami, berkeluarga, aku selalu pelik. kenapa orang tu macam ni? kenapa suami dia macam ni? kenapa anak dia macam tu? kenapa dan kenapa?

kadang2 aku kondem diorang kenapala buat macam tu. dah lupa ke? takkan tak ingat macam mana? macam2la pertanyaan yang ada dalam pale hotak aku ni. tapi, bila dah kena batang hidung aku, baru aku faham. barula aku ooohhhh...macam ni rupanya...

alahai, macam tula. bila dah rasa asam garam rumahtangga, ombak melambung2, kapal macam nak pecah, tapi tiba2, ombak hilang, laut terus takda ombak melambung2. terus cuaca cerah yang memang seronok untuk memancing dan kalau dapat ikan jenahak yang sedap bila kepalanya di buat sup ikan. ikan kerapu pun sodap gak.

dulu-dulu, masa aku tak kenal macam mana hidup bersuami, tak kawin lagi, berkeluarga, aku selalu pelik. kenapa orang tu macam ni? kenapa suami dia macam ni? kenapa anak dia macam tu? kenapa dan kenapa?

duit senang-senang nak bagi sapa. kau takda kredit? meh aku topapkan. kau nak makan McD? nak Pizza Hut? nak makan nasi beriani Insaf? meh aku belanja. minyak kereta kau habis? meh aku tolong isikan. pendek kata murah hati. tak cukup duit? cari pusat tusyen pergi ajar tusyen. dapat tambah duit. nak berjalan? pergi mana suka. tak da orang nak melarang. takda risau2 nak bayar duit jaga anak, beli baju anak, beli barang rumah, barang runcit, duit emergency. yelah, apa susah nak pikir, sorang2 je. asal lepas diri sendiri, boleh tolong mana patut dah.

 bila pergi kerja, kepala ingat rumah, ingat anak, ingat nak masak apa, nak basuh kain bila, nak sidai bila. semua kena pikir. bila kat rumah dok pikir, besok kerja. dapat pulak kerja 7hari seminggu macam minggu ni. hai, bila nak setel kerja2 surirumah aku tu?

bila waktu down2 macam ni, aku selalu pikir, mana letaknya aku ni, jadi anak atau jadi isteri? jadi isteri atau jadi mak? jadi mak atau jadi bibik? jadi bibik atau jadi cikgu? mana satu? boleh kau pilihkan untuk aku? nasib baik ada permata-permata hati buat penghibur aku. walau down, mesti kuat, mesti tabah. nak berjaya dunia akhirat mesti rasa semua. kat situla ujian yang Tuhan bagi untuk matangkan aku, jadikan aku lebih baik dan semoga menjadi hambaNya yang diredhai.

Kalau abah ada mesti abah paham.