Monday, November 15, 2010

random

hangat.
sebelum adanya internet di rumah aku yang cantik lagi bahagia ini, aku dah taip entri yang agak panjang dengan menggunakan henpon, disebabkan henpon baru, suami dengan baik hati telah melanggan packet data untuk aku supaya aku senang nak surfing dengan menggunakan henpon. terima kasih abang.

setelah menaip dengan begitu panjang, berbekalkan keypad yang besarnya seperti kuku jari kelingking kaki ayen, aku bersusah payah menaip. dah taip tentulah pos. sekali keluar tajuk aja. haha! tu yang hangat tu.

ok.
dengan tajuk di atas aku nak menyenaraikan, apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2010.

1. adanya ayen. ayen lahir 20 jun 2010 kat hospital kuala pilah. aku memang nak bersalin kat hospital sana aja. dekat ngan kampung dan servis dia pun ok. dan paling aku suka, rooming in. lepas bersalin baby tido sama ngan mak supaya boleh breastfeed. dan sehingga sekarang ayen dah 5 bulan masih exclusively breastfeed. cukup 6 bulan aku dah berjaya capai target untuk stage yang pertama. sekarang berat ayen dah 8 kilo lebih. membesar bagai johan anak mama.

2. kurangnya waktu unutk bermalas malasan.
sebab anak dah 2, aku dah tak boleh nak malas2. malam tido lambat macam mana pun, aku mesti bangun pagi, sebab permata hati aku 2 orang tu dah bangun. lebih2 lagi raihana. kalau dibiar, entah apala projek dia buat tanpa kelulusan.

3. aku tak kena jaga exam SPM.
ini yang paling aku suka. hehe. aku bosan betul kalau kena jaga exam. penat woo. memangla dia bayar, tapi tak payahla. aku tak nak. jadi cuti kali ni aku boleh konsentret rumah dan anak2. jadi suri rumah sepenuh masa. i like.

4. beli henpon baru. nokia E72. tapi aku nak jugak blackberry nanti. takpun i-phone. hik

5. jeles mak dan sedara mara lain pergi kelantan.

6. nanti nak dapat baby baru!
haha! ini kontroversi nih. sebenarnya tak lama lagi aku akan ada anak susuan. so, seccara automatik anak aku terus ada 3 orang. i like jugak.

7. sekarang tengah ketagih nak makan wafel a&w dan char kuey teow. 17hb disember ni kalau tiada halangan aku  nak ke penang. ada reunion kecik2 kawan2 suami  masa zaman di universiti. jadi aku nak pegila makan char kuey teow yang ori punya kat sana.

8. sian minachi purse hilang.

9. ayen dah pandai guling2. nana pun dah boleh cakap sikit2.

10. nanti rajin aku sambung. malas tiba2.

No comments:

Post a Comment