Wednesday, March 23, 2011

pengalaman pertama.

setiap orang ada pengalaman pertama. pengalaman yang macam-macam. ada yang pengalaman pertama kali naik bas, pertama kali duduk asrama, pengalaman pertama dapat duit hasil titik peluh sendiri. tapi aku ada pengalaman pertama, pertama kali merasa duk hospital berbayar @ swasta.

pertama kali duk hospital swasta, kena warded tiga hari dua malam. aku dah demam lebih seminggu. demam pulak on off, kejap elok, kejap demam. sekali bawak pegi hospital terus warded tiga hari, doktor bg antibiotik terus je dalam badan, sakit...

pengalaman pertama jugak untuk ayen yang tak tido ngan mama. nasib baik ada uwan ngan atok senawang. uwan joseh sedang melalui pengalaman pertama menjelajah ke seberang laut dengan menggunakan pasport antarabangsa. kemain riang lagi yang tiga orang tu. kesianla kat akak sulung nia ha...duk spital...(buat muka sedih sikit. hehe..). update fesbuk seronok makan2. jeles an. nanti sok sok sey nak ajak laki sey pegi seberang laut gaklah.

pengalaman pertama jugak, bagi anak2 murid tersayang batch 2010, amik result SPM 2010. mestilah pertama kali ye dak? kalau dua tiga amik SPM kali mana ada duk SBP. hehe.

sebanyak-banyak tahniah cikgu ucapkan dengan awak2 semua kerana berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, lebih -lebih lagi yang cikgu ajar. keputusan masing2 meletop. tapi ingat yang dapat keputusan bagus2 tu, mesti sentiasa bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan rahmat dan kurnianya untuk hamba2nya. dan itu semua adalah ganjaran kepada usaha yang kita semua buat selama 2 tahun berada di SASER. kepada yang tak puashati dengan keputusan masing2, jgn putus asa, perjalanan masih jauh. kalau nak berjaya, perkataan terlambat tu tak ada selagi kita berusaha bersungguh2. okey?

tahniah cikgu ucapkan dan semoga terus berjaya dan menjadi insan berguna dunia akhirat. dan mesti ingat bila dah berjaya jangan sesekali riak dan takbur dengan kejayaan diri, kerana segala kejayaan dan nikmat yang diberikan oleh Allah hanya pinjaman sementara di dunia. dan akhiratlah yang kekal abadi. (fuh! penat jadi skema) haha!

SASER NAMAMU TERPAHAT, SASER NAMAMU TERATAS!

No comments:

Post a Comment