Tuesday, October 12, 2010

walaupun pekerja bawahan kau tak buat event libatkan VIP, VVIP, kau tetap kena hargai pekerja kau. Sebab tanpa kakaitangan bawahan kau, kau bukan siapa2.

salam.

entri ini ditujukan khas kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog aku ni yang rasa2 kau jadi ketua yang bagus sampai kau tak pandang pekerja kau yang biasa2 yang setakat buat kerja kecik2.

ciri2 pekerja biasa itu adalah:

1. datang kerja.

kehadiran kerjanya adalah biasa2 sahaja. nak kata rajin sangat tak, malas sangat pun tak. memang biasa2 sahaja. kadang bila keadaan terkawal dia akan datang cepat. tepat pada masanya. dan bila tak terkawal dia akan datang lambat daripada biasa. namun begitu tidaklah begitu lambat. dan biasanya kalu lambat sangat dia akan bagi sms atau call pihak atasan ada masalah yang membuatkan beliau lambat.

2. kerja

pekerja jenis ini juga tak buat event yang besar2. tak ada jadi pengelola event yang besar2. kerja2 pekerja biasa selalunya buat kerja yang dah tertulis. contoh kalau jadi kerani, kerja2 pengkeranian, kerja juruteknik, kerja2 yang melibatkan dengan letrik atau yang sewaktu dengannya ataupun kalau bekerja sebagai guru, kerja2 yang terlibat adalah mengajar, tanda kertas, pergi kelas malam ataupun kerja2 yang telah ditetapkan dalam panitia kau. (dari sini dah buleh tahu aku keja apa...hehe). namun begitu pekerja jenis ini juga aa buat kerja2 lain, iaitu kerja2 yang dibahagikan mengikut bahagian kerja yang telah ditetapkan, contohnya, memastikan jemputan yang hadir, memastikan bahan2 kerja disediakan pada masa yang betul dan lain2 kerja yang pada mata kasar tidak penting atau pada mata majikan bila buat kerja tu pun nampak macam tak buat kerja.

3. status.

pekerja jenis ini biasanya adalah wanita yang berkahwin. dan rata2nya juga selalunya baru bersalin atau pun secara pukul ratanya adalah wanita yang mempunyai anak2 yang sedang membesar. ini kerana anak2 yang sedang membesar memrlukan pemerhatian daripada ibubapa mereka. dan ditambah juga jika wanita tersebut mempunyai anak setiap tahun.

dan untuk perkara2 tersebut adalah aku.

aku adalah pekerja yang biasa2. aku bukan komited macam orang lain sebab aku rasa aku ada bnyak benda yang aku boleh fikirkan daripada asyik fikirkan tentang kerja sampai anak2 aku terabai. namun begitu, sebagai pekerja, aku ada tanggungjawab aku, dan aku amik tahu juga tentang kerja2 aku. budak nak periksa, kerja panitia, aku buat semua tu.

aku jugak selalu buat kerja2 yang biasa sahaja. walaupun biasa aku pernah jugak jadi pengelola majlis kat sekolah walaupun hanya peringkat sekolah. aku juga selalu buat kerja2 yang biasa untuk melancarkan aktiviti2 dalam panitia aku.

oleh itu, kepada yang jadi majikan2 ni, janganla pandang remeh dekat pekerja2 biasa kau tu. walaupun diorang hanya buat kerja2 yang biasa, diorang tetap pekerja bawahan kau. walaupun dia sebagai tukang sapu, guard tempat kerja kau. masing2 memberikan kerja sama untuk menjadikan sesuatu yang cemerlang. jangan pandang rendah. kecik2 kerja diorang, diorang pun buat kerja. jadi sebagai majikan, hendakla sentiasa peka dengan pekerja, tak payah nak mesra2 sangat yang penting kau tunjukkan yang setiap individu ada peranan dalam satu institusi walaupun kecik. sekian

ini adalah entri emosi. semoga Tuhan memberkati kau disana. Amin.

3 comments:

  1. bagi no telepon bos lu.
    wa settle kan.

    ReplyDelete
  2. rs nak pindah je. tp karang buatnye di hanta aku ke ceruk mn tah karang. sesia je..

    ReplyDelete